PM yang mengantuk disorongkan bantal….

Tarikh: 4 Jan 2008
tempat: pejabat PM, Putrajaya


Sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah membuat kejutan hari ini apabila menghantar “bantal” kepada Perdana Menteri dipejabatnya, Putrajaya.

Gabungan yang terdiri daripada penulis blog, penulis, pelukis dan aktivis ini juga telah mempamerkan banner yang bertajuk : Harapan anak muda kepada Perdana Menteri, “TerusLAH Tidur Wahai PM” dan poster-poster lucu tentang PM.

Menurut kumpulan tersebut, mereka menghantar bantal oleh kerana telah bosan melihat NGO dan parti politik menghantar memorandum dan tidak dilayan. Itu yang menyebabkan mereka menghantar bantal sebagai simbol telah hilang harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sering tidur didalam majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.

Bantal yang diberi pada mulanya tidak mahu diambil oleh pegawai keselamatan PM. Namun setelah mendapati bahawa bantal itu “selamat” dan tidak mempunyai sebarang bahan yang membahayakan, mereka pun mengambil dan membawa masuk ke pejabat PM.

About Abdul Malik Mansor

1 comments:

Mat Amin said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Shahrul / Abdul Malik Mansor sekeluarga serta kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin.

Yang Ikhlas

Mat Amin
(KINI DAN SILAM) http://matamin02.blogspot.com

Powered by Blogger.