Sunday, January 6, 2008

PM yang mengantuk disorongkan bantal….

Tarikh: 4 Jan 2008
tempat: pejabat PM, Putrajaya


Sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah membuat kejutan hari ini apabila menghantar “bantal” kepada Perdana Menteri dipejabatnya, Putrajaya.

Gabungan yang terdiri daripada penulis blog, penulis, pelukis dan aktivis ini juga telah mempamerkan banner yang bertajuk : Harapan anak muda kepada Perdana Menteri, “TerusLAH Tidur Wahai PM” dan poster-poster lucu tentang PM.

Menurut kumpulan tersebut, mereka menghantar bantal oleh kerana telah bosan melihat NGO dan parti politik menghantar memorandum dan tidak dilayan. Itu yang menyebabkan mereka menghantar bantal sebagai simbol telah hilang harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sering tidur didalam majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.

Bantal yang diberi pada mulanya tidak mahu diambil oleh pegawai keselamatan PM. Namun setelah mendapati bahawa bantal itu “selamat” dan tidak mempunyai sebarang bahan yang membahayakan, mereka pun mengambil dan membawa masuk ke pejabat PM.

Skandal SEX Menteri Islam Hadhari

Tarikh Isu dimulakan: 29 December 2007
Lokasi Utama: Batu Pahat, Johor
Pelakon: Kenteri Chua Soi Lek
Pekerjaan: Menteri Kesihatan Malaysia, Presiden MCA
Kesan: Malu dan Dipaksa Letak Jawatan, Tercemar Kesyumulan Agama "Islam Hadhari" dibawah didikan Imam Besar Abdullah Badawi

KONKLUSI: NASIB DIA KURANG BAIK... KALI NIE KANTOI PULAK.. Buat pemuka "malaun" BN yg lain terutama yg beragama islam.jgn wat2 lupa yerk.. anda juga lebih kurg sama jer perangai mcm si Chua nie..kaki zina, ada perempuan simpanan..





Malaysia Prime News:


Informal Source:

MAWI - Gerakan Mansuhkan ISA Candlelight Vigil 05 Jan 2008

Tarikh : 5 Jan 2008
tempat: Dataran Merdeka

Tiada tangkapan dibuat walaupun pada akhir perhimpunan ada main kejar2 sembur2 air dri FRU..

Sunday, December 16, 2007

Demontrasi Aman BERSIH

Demontrasi Aman BERSIH 10 Nov 2007 @ Kuala Lumpur

Sama-sama kita melakukan perubahan terhadap negara yg kita cintai.
Semoga secebis pengorbanan yg kita lakukan untuk menjulangkan keadilan diredhai dan diterima sebagai amal kebajikan di akhirat nanti. Ameen..

Maksud sabda nabi s.a.w: sekiranya anda melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan (sekiranya anda ada kuasa), jika tidak mampu ubahlah dengan lidah (menyuarakan bantahan anda), jika tidak mampu juga, hendaklah ada perasaan benci (terhadap kezaliman & kemungkaran) di dalam hati. Itulah iman yang selemah2nya.

BERSIH the MOVIE


BERSIH di Al-Jazeera


DEMOKRASI, REFORMASI atau REVOLUSI...

THE PEOPLE POWER WILL START NOW!!!

Dokumentari: Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Sebuah dokumentari oleh FAHMI REZA

1 of 4


2 of 4


3 of 4


4 of 4


Semoga semangat PATRIOTIK dan MERDEKA sentiasa mengalir dalam jiwa raga pemuda pemudi Malaysia tercinta.